Limbungan mengisahkan Ramli dan Malik, dua pekerja syarikat yang dihantar ke Kampung Limbungan untuk mengambil alih projek pembinaan stesen hidroelektrik. Namun, mereka terperangkap dalam suasana seram apabila penduduk kampung mendakwa kawasan itu dihantui oleh harimau jadian yang muncul setiap kali gerhana bulan berdarah. Dalam versi filem ini, makhluk tersebut digambarkan sebagai manusia yang mengamalkan ilmu hitam dan membuat perjanjian dengan iblis, hanya meminum darah tanpa memakan mangsanya.